Saturday, May 2, 2009

Sejarah Sekolah

SK Klias Baru
Sekolah ini mula dibina pada tahun 1970 hasil dari pemaufakatan 4 orang pemimpin masyarakat pada masa itu. Mereka terdiri daripada Allahyarham OT. Munjin Bakunji, Allahyarham Tuan Imam Samsi Ayun, Mendiang Lok Chee Foon dan Allahyarham Tuan Hj. Matsin Ag. Tahir. Sebelum keujudan sekolah ini kanak-kanak di sekitar kampung hanya berpeluang bersekolah di GPS Mempagar yang jaraknya 4km.

Tapak sekolah ini pada mulanya adalah tapak penyelidikan tanaman pisang lanut tetapi dengan persetujuan Jabatan Pertanian telah memberikan tapak tersebut kepada Jabatan Pelajaran untuk dibina sekolah. Tapak itu sesuai didirikan sekolah kerana berada di tengah-tengah antara kawasan Estate getah dan perkampungan. Di situ juga ada perhentian kecil keretapi yang mana pada ketika itu merupakan pengangkutan utama untuk ke pekan berhampiran ataupun ke Kota Kinabalu.

Maka proses pembinaan pun dimulakan dan pada 9 Febuari 1971 sekolah ini dibuka dengan rasminya dengan murid seramai 50 orang dan 3 orang guru. Guru Besar pertamanya ialah Allahyarham Encik Mufari Haji Musa. Selepas itu sekolah ini sering mengalami perubahan sama ada dari segi pentadbiran mahupun fizikalnya, ini adalah selaras dengan arus pembangunan yang dicapai oleh negara. Pada tahun 2006, sekolah ini telah ditadbir oleh Guru Besar yang baru iaitu Syed Jaafar Bin Habib Mohd. yang berasal dari Tawau, Sabah yang kini menetap di Kg. Pimping, Membakut Sabah.

0 comments:

 

SK KLIAS BARU BEAUFORT SABAH © 2008 using D'Bluez Theme Designed by Ipiet Supported by Tadpole's Notez